Tun Azizan Ke Laut Sulu | Kapal Pangkalan Mudah Alih TLDM







Tun Azizan Ke Laut Sulu | Kapal Pangkalan Mudah Alih TLDM


"Ini adalah satu strategi untuk membanteras atau menangani sebarang keadaan yang boleh memudaratkan perairan negara," 


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menggerakkan kapal pangkalan laut mudah alih, Tun Azizan, di Laut Sulu, kawasan pantai timur Sabah sebagai langkah memperketat kawalan sempadan perairan negara.

Konsep pangkalan laut pertama di Malaysia dan Asia Tenggara itu boleh menampung 99 penumpang dengan kemudahan seperti tempat penginapan, penyimpanan makanan, bilik dobi, bilik operasi dan komunikasi, penjanaan tenaga, sistem pendingin udara dan air bersih di samping kelengkapan dan infrastruktur tentera.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata kapal itu boleh bergerak dan disauhkan di mana-mana tempat strategik untuk dijadikan sebagai 'forward operating base' (pangkalan hadapan).

Kapal Tun Azizan hasil inisiatif Petronas bersama MISC Bhd dan Malaysia Marine Heavy Engineering (MMHE) untuk menukar kapal kargo terbiar kepada pangkalan laut mudah alih pada November 2014.

Selain Tun Azizan, TLDM juga dalam rancangan pembinaan Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan dilengkapi dengan bot pemintas, kenderaan dasar laut beroperasi sendiri AUV (unmanned aerial vehicles), helikopter dan pasukan 'Quick Reaction Force' (QRF) yang mampu bertindak dengan pantas. Ia dijangka akan ditauliahkan pada Ogos ini.

Abdul Aziz juga berkata lebih kurang 5,000 anggota TLDM akan bertugas pada musim Aidilfitri ini.

2 Responses to "Tun Azizan Ke Laut Sulu | Kapal Pangkalan Mudah Alih TLDM"

  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam